Sunday, January 26, 2014

Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga Bidadari Dunia (Wasubidu)



Wanita Syurga Bidadari Dunia - Oki Setiana Dewi ft Shindy

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah.. 
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah 
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa 
Laksana syurga di dunia 

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah 
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah 
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa 
Sejukmu menenteramkan jiwa 

Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga 
bak permata berharga 
berbinar indah dalam kesucian jiwa

Sunday, February 24, 2013

LAW KANA BAINANA


Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab 
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Monday, May 28, 2012

Perbaiki akhlak dan akidah bekalan akhirat



Firman Allah:-
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya , dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
                                                                                                                      (Surah Al-Baqarah 2:208)
Buatmu teman setia.. moga Allah meredhai dirimu semua di setiap waktu walau dimana jua… berjihadlah kita tidak kira berapa pun jauh kita dari manusia tapi senantiasa yakin bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan kita.
Firman Allah s.w.t :-
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan ) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh ,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.”
                                                                                                                    (Surah Ar-Ruum 29: 69)
Pengertian akhlak
   Akhlak berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu kata majmuk daripada al-khuluq yang bererti ‘budi pekerti, sikap dan tabiat’.Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang dikatakan oleh Aisyah yang bermaksud:
 “Akhlaknya(iaitu Rasulullah s.a.w) adalah al-Quran.

Konklusinya, akhlak adalah suatu sifat atau keadaan yang sebati dengan peribadi seseorang yang lahir dari sistem kepercayaan, nilai dan pemikiran yang teguh dalam kehidupan dan diterjemahkan melalui tingkah laku yang konsisten sehingga membentuk suatu budaya hidup dan diamalkan  dalam kehidupan seharian.

Akhlak terpuji
Apa itu akhlak terpuji
Menurut Imam al-Ghazali r.a akhlak terpuji bermaksud menghilangkan semua adat kebiasaan yang tercela dan menjauhkan diri daripada perbuatan tersebut. Kemudian membiasakan diri dengan adat kebiasaan yang baik, melakukannya dan mencintainya. Menurut Prof. Hamka pula, terdapat beberapa keadaan yang boleh mendorong seseorang manusia melakukan kebaikan iaitu:
a)       Kerana pujukan dan ancaman daripada manusia lain.
b)       Kerana mengharapkan pujian atau kerana takutkan celaan.
c)       Kerana kebaikan dirinya yakni dorongan hati yang murni.
d)       Kerana mengharapkan  pahala dan syurga Allah s.w.t.
e)       Kerana Allah s.w.t semata-mata.

Pembahagian akhlak terpuji :
         I.            Taat zahir
Taat zahir bermaksud melakukan seluruh amal ibadat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t termasuk berbuat baik kepada sesame manusia dan dilakukan dengan anggota zahir. Contohnya:-

v  Taubat
v  Amar makruf nahi mungkar
v  Syukur

       II.            Taat batin
Taat batin adalah sifat yang baik dan terpuji yang dilakukan oleh anggota batin(hati). Contohnya:-
v  Tawakkal
v  Sabar
v  Qanaah---merasa cukup dan redha dengan pemberian yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t serta berusaha untuk mendapat yang terbaik dengan cara yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Akhlak tercela
Apa itu akhlak tercela??
Menurut Imam al-Ghazali r.a, akhlak tercela yang juga dikenali sebagai sifat-sifat muhlikat iaitu segala tingkahlaku manusia yang dapat membawa kepada kebinasaan dan kehancuran, Al-Ghazali r.a menerangkan terdapat 4 keadaan yang mendorong manusia melakukan perbuatan tercela iaitu:
a)       Dunia dan seisinya yang bersifat material dan ingin dimiliki manusia sebagai keperluan dalam hidup.
b)       Manusia, selain mendatangkan kebaikan mereka juga mengakibatkan keburukan seperti perasaan cinta kepada seseorang dapat melalaikan manusia daripada melaksanakan kewajipannya.
c)       Syaitan, yakni musuh  yang sentiasa menggoda agar manusia berbuat jahat dan menjauhi Allah s.w.t.
d)       Nafsu, ada kaitannya nafsu yang rendah akan mengajak manusia melakukan kejahatan.

Pembahagian akhlak tercela:-
Akhlak tercela dapat  dikategorikan kepada dua bahagian iaitu maksiat zahir dan maksiat batin.

                                 I.            Maksiat zahir
Maksiat  yang berasal daripada perkataan arab yang bermaksud perlanggaran seseorang yang mukallaf dengan melakukan perbuatan yang dilarang dan meninggalkan perkara yang diwajibkan oleh syariat Islam. Maksiat zahir terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
a)       Maksiat lisan – cth: mengumpat , memfitnah, mencela, bercakap kotor, berdebat dan berbantah tanpa faedah seumpamanya.
b)       Maksiat telinga- cth: mendengar orang mengumpat, perkataan cabul dan perkara melalaikan.
c)       Maksiat mata- cth: melihat aurat, sesuatu yang merangsang nafsu, melihat dengan gaya menghina orang lain atau menggoda.
d)       Maksiat tangan- mencuri, bergaduh, merompak, membunuh, memukul dan sebagainya.

                               II.            Maksiat batin
Maksiat batin berasal dari dalam hati seseorang individu atau digerakkan oleh tabiat hati. Hati manusia sentiasa berbolak-balik sesuai dengan keadaan atau sesuatu yang mempengaruhinya. Beberapa contoh penyakit batin yang tergolong dalam akhlak tercela ialah:

v  Marah- ia umpama api yang terpendam dalam hati yang mampu mengarah manusia membuat pelbagai kejahatan.
v  Hasad- satu perasaan jengkel dalam hati manusia yang mahukan supaya nikmat yang diberikan kepada orang lain itu hilang dari tuannya.
v  Sombong- perasaan dalam hati yang mengatakan bahawa dirinya hebat dan mempunyai kelebihan tertentu berbanding orang lain.

       Apa yang kita telah dapat lihat sekarang, situasi sudah tidak ada beza dengan keadaan manusia tatkala zaman jahiliah. Terlalu banyak masalah-masalah sosial yang buruk dan keji sedang berlaku.
       Inilah petandanya, janji Allah tentang kiamat itu adalah pasti. Norma masyarakat sekarang bagaikan sudah tidak mempedulikan hukum agama. Bertindak segala-galanya dengan menurut nafsu seolah-olah dunia ini milik mereka sepenuhnya.
       Kita bangkitkan sekarang isu pembuangan bayi di kalangan masyarakat yang rata-ratanya beragama Islam sendiri. Dan hanya segelintir sahaja bukan beragama Islam. Malah, kerosakan akhlak dan akidah anak-anak muda yang sudah semakin  parah. Mengapa ini semua terjadi?...
Mari kita lihat situasi ini…
1.      Mendedahkan aurat

      Apa gunanya memegang identiti Islam jika masih aurat tidak ditutup seelok-eloknya.
Ibarat membiarkan penutup saji makanan terbuka, Nampak segala apa yang ada hinggakan dihurung lalat dan semut yang akhirnya membusukkannya dan terus berulat.
      Bayangkan penutup itu tidak dibuka, isinya masih terjaga. Tidak ada cacat cela, tidak diusik, tidak dihurung malah dibau pun mungkin tidak. Indahkan syariat Islam menjaga maruah wanita.? Islam langsung tidak menyuruh sesuatu perkara dilakukan sekadar sia-sia. Semuanya terselit banyak sebab musabab dan faedah tersendiri.

Buatmu para wanita… lihat ini…..
Firman Allah s.w.t:-
Maksudnya: “Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka…”
                                                                                                    (An-Nur : ayat 31)
Wanita sekarang sememangnya ‘up to date’ kalau bab-bab trend ni. Nampak aje katalog pakaian dan perhiasan… mata berpinar-pinar mahukan semua yang ada di dalamnya.
Itu kerana rekaan dan tarikan yang ada pada sesuatu produk itu. Tapi, ramai tidak sedar dan tidak  nampak bahawa sebenarnya, ada beberapa kesilapan dan kesalahan dalam barang-barang itu seperti  pakaian contohnya..

        Ya… pakaian sudah cantik(kalau dapat 1 ni sure meletup lah aku pakai)… itu saje ke yang terlintas?... pernah tak kita terlintas macam ni…(alamak…cantik aje, tapi ketat, sendat, nipis, jarang, singkat… ni macam nak membungkus nangka ke nak bagi orang pakai nih?...baik tak payah, buang duit aje lah. Naik pulak saham dosa aku nanti)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“ Barangsiapa mengenakan pakaian untuk kemasyhuran di dunia nescaya Allah akan mengenakan untuknya pakaian kehinaan pada kiamat, kemudian api akan melahapnya dalam pakaian itu.”

        Ramai kat luar sana, cantik-cantik… lawa-lawa semuanya. Ya, itu nikmat Allah beri pada sesiapa yang Allah nak bagi. Tapi jangan disalah guna wajah yang cantik bukan sesuka hati dibuat mainan. Jangan dikikis, jangan di tampal,jangan dicabut kening, jangan di warna berlebih- lebihan. Itu semua tabarruj.

Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Rasulullah melaknat wanita yang mencabut bulu alisnya dan wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu alisnya.”

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.”
                                                                                    (Al-Ahzab:33)

            Jika sengaja ingin menampakkan kecantikan dengan  cara ini, sama sekali sudah salah. Bukan hak ajnabi untuk melihat kecantikan kita. Andai sudah berkahwin, jagalah ia kerana yang membayar mahar anda adalah suami anda, bukan lelaki lain.

          Kasihankanlah dia yang terpaksa menanggung beban dosa isteri yang jika keluar dari pintu rumah, aurat terdedah sana sini. Bila ditegur, dengarlah dan jangan buat tak tahu aje.

 Macam bercakap dengan tiang. Padahal si suami berusaha nak tarik kita keluar dari pintu neraka. Tapi kita sendiri yang mengikat tali dengan neraka.

      Bila mak ayah pulak pesan…~~~”kak, janganlah lagi pakai baju macam tu, ketat tu haa. Tak elok kak oiii…!!! Berdosa besar kak. Ingat la pesan mak  abah ni. Kalau kami tak sayang kat akak, mak ayah takdak la nak tegur macam ni. Nanti kalau kami dah tak ada nanti… akak menyesal macam mana pun, dah tak berguna lagi dah. Membantah cakap mak abah dah satu hal dosa, lagi2 akak pakai macam tu pulak.” Hmm….  Mungkin dialog ni anda pernah dengar atau mungkin pernah alami sendiri. Macam mana sedihnya mak ayah yang membela elok2 dari kecik, ayah azankan dengan kalimah Allah… last2 besar jadi anak gadis dedah aurat sana sini. Tayang segala-gala pada yang langsung tak ada hak. Yang untungnya adalah yang melihat aurat kita tu, yang menayangkan aurat tu dapat ape??... habuk aje ler + dosa.

p/s: Teringat pesan mak yang selalu beritahu anak-anak perempuannye…~~~ Haa…keluar rumah tu nnti pakai elok-elok sikit, janganlah ketat2.. Ingatlaaa… Allah laknat perempuan yang pakai tak sopan start melangkah dari pintu rumah sampai lah kaki melangkah masuk  semula ke rumah. (terngiang2 lagi ayat tu slalu dekat kepala) huhu..

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’.”
                                                                                             (Al-Ahzab:59)
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya:“ Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.”
                                                                                            (Al-A’raf: 26)
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:“Dan hendaklah mereka menampakkan kain tudung ke dada mereka.”
                                                                                            (An-Nur: 31)
Hadis Nabi s.a.w bermaksud: “ Ada dua golongan ahli Neraka dari umatku, saya tidak melihat mereka sebelumnya; wanita-wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, sesat dan menyesatkan, kepala mereka seperti punak unta yang miring. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak boleh mencium baunya. Dan para lelaki yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk hamba Allah.”

1.      Gejala ber’couple’ dan khalwat (berdua-duaan tanpa mahram)

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiga.”

Couple..couple..couple.. ermm.,.. kes berat ni ye.
Selalu sangat nampak kat depan mata. Pasangan berpegang tangan, erat dan kuat.. (p/s : cucuk jarum pun tak masuk)...  bukan setakat itu je, dengan membonceng motosikal peluk erat-erat. Aduhai…
Sabda Nabi s.a.w :
Maksudnya: “ Bahawa jika ditusuk seseorang kamu dikepalanya dengan jarum daripada besi lebih baik baginya daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
                                                                                       (Riwayat Tabrani)

Kenali dahulu mahram anda…
Mahram(mahramun) ertinya orang yang merupakan lawan jenis kita, namun haram (tidak boleh) kita nikahi selamanya. Mahram dibahagikan kepada 3 bahagian.:-

§  Mahram kerana keturunan
§  Mahram kerana penyusuan
§  Mahram kerana perkahwinan

1.      Penzinaan

Firman Allah:-
Maksudnya:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
                                                                                                   (Al-Israa’ 17:32)
Doa elak daripada melakukan zina:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku.”

Menurut Ibnul Qayyim, dalam kitab Uddat al-sabirin terdapat antara langkah menghindarkan diri daripada megikuti syahwat ialah dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya. Perlaksanaannya boleh dilakukan menerusi langkah-langkah di bawah:
a)        Melihat faktor-faktor yang membangkitkan syahwatnya. Apabila sudah mengenal pasti faktor tersebut, maka hendaklah melakukan perkara-perkara yang dapat membendungnya.
b)       Hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat itu.
c)        Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan baginya untuk mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat.
d)       Memikirkan akibat buruk melakukan larangan itu semasa hidup di dunia lagi.
Berhati-hati wahai kaum Adam, wanita itu senjatanya halus tapi tajam. Terkena sedikit susah nak sembuh. Jangan mudah kalah dan cair dengan pujuk rayu dan suara menggoda si wanita. Kelak anda sendiri menyesal kesudahannya.
  Diriwayatkan dalam kitab Sahihain daripada Usamah bin zaid disebutkan, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
 “ Saya tidak meninggalkan suatu fitnah bagi lelaki yang lebih besar daripada fitnah wanita.”

Wanita yang muslimah tidak sewajarnya berkahwin dengan lelaki yang berzina dan begitulah sebaliknya. Firman Allah :-
Maksudnya: Lelaki yang berzina tidak bernikah dengan melainkan dengan wanita yang berzina atau dengan wanita kafir, dan wanita yang berzina, tidak berkahwin dengannya melainkan lelaki yang berzina atau lelaki kafir. Dan yang demikian diharamkan ke atas orang beriman.
                                                                                               (Surah al-Nur: 3)

     Pada pandangan para ulama, ayat ini mencela perbuatan berzina tersebut, namun majoriti ulama mengharuskan pernikahan antara lelaki berzina dengan wanita solehah dan juga perkahwinan antara lelaki soleh dengan wanita yang berzina.

     Imam Abu Hanifah mengharuskannya tetapi  tidak harus berlaku persetubuhan antara mereka. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w:
Maksudnya: “ sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia menyiram airnya akan tanaman orang lain.”
                                                                              (riwayat Abu Daud)

     Malah, Mazhab Syafi’i juga mengharuskannya manakala Mazhab Maliki mensyaratkan agar adanya tempoh Istibra’ atau tempoh pembersihan Rahim wanita dengan tiga kali haid atau 3 bulan.

1.      Membunuh diri

Hadis:-
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membunuh diri dengan terjun dari bukit dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan melakukan perbuatan itu berulang-ulang selama-lamanya.Sesiapa yang membunuh diri dengan dengan racun, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan melakukan perbuatan itu selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh diri dengan batang besi(senjata tajam), besi itu akan berada di tangannya dan dia menikam perutnya berterusan didalam neraka selama-lamanya.”
                                                                                                                      (Al-Bukhari)

           Orang yang membunuh diri dengan cara apa sekalipun tidak direstui oleh syariat dan akan menerima seksaan Allah di akhirat. Corak keseksaan itu ialah mereka akan menggunakan cara yang sama untuk menyeksa dirinya dengan cara yang mereka lakukan untuk membunuh dirinya.
       
2.      Meminum arak

Hadis:-
Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak. Orang yang memerahnya, orang yang meminta arak itu diperahkan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta arak itu dibawakan kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak dan orang  yang meminta dibelikan arak untuknya.
                                                                                       
                                                                                                 (Ibn Majah dan al-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya orang yang beriman meninggalkan majlis yang dihidangkan dengan arak. Saidina Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :-
 “ sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah duduk di meja yang dihidangkan dengan arak.”
                                                                                                   ( Riwayat Imam Ahmad)
Hukuman hudud bagi peminum arak

Hadis:-
Daripada Anas bin Malik r.a, telah dibawa kepada Nabi s.a.w seorang lelaki yang minum arak. Baginda menyebatnya dengan dua batang kayu sebanyak 40 kali. Katanya demikian juga yang dilakukan oleh Abu Bakar tetapi Umar meminta pandangan daripada orang ramai. Abdul Rahman bin Auf  telah memberi pendapat: Seringan-ringan hukuman hudud ialah 80 kali sebat. Dengan itu , Umar memerintahkan supaya dilaksanakan sedemikian itu”
                                                                                                        (Mutafaqun Alaih)
Hadis ini menjadi dalil bagi kebanyakan ulama yang berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan terhadap peminum arak ialah 80 kali sebat. Ini ialah pendapat ulama’ mazhab Hanafi dan Imam Malik.
Sedangkan Imam As-Syafi’ie berpegang kepada pendapat bahawa jumlah sebatan ialah 40 kali yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun demikian mereka tidak berselisih pendapat tentang hukuman sebat yang dikenakan.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, bahawa beliau berkata:
“Rasulullah s.a.w telah menghukum 40 kali sebatan, Abu Bakar 40 kali sebatan , dan Umar menghukum dengan 80 kali sebatan , kedua hukuman ini adalah sunat. Dan hukuman ini (80 sebatan) adalah yang lebih saya sukai.”
                                                                                                                                                   (Muslim)
3.      Gejala murtad

Murtad bermakna kembali telah lam. Ijma’ ulama menyatakan bahawa seseorang muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad: iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahl, tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad
Firman Allah:-
Maksudnya:… “Barang siapa murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran , maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat , dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
                                                                                           ( Surah Al-Baqarah 2:217 )
Jangan menunggu kiamat tiba baru kita nak sedar. Semuanya  ibarat nasi menjadi bubur…. Sudah hancur lebur, dah terlambat untuk berpatah balik.
Firman Allah:-
“Sekali-kali tidak! Apabila bumi digoncangkan berturut-turut (berbenturan), dan datanglah Tuhanmu; dan malaikat berbaris-baris, dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam; pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu. Dia berkata “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini.”
                                                                                                                     (Surah Al-Fajr 89:21-24)

   Jika nak dibincangkan, masih terlalu banyak masalah timbul lebih serius dari yang kita jangkakan. Mari kita sama-sama berfikir. Adakah kita juga terlibat dalam hal ini secara tidak kita sedar?... mungkin juga…
    Nafsu sentiasa bersarang dalam hati seseorang sehinggakan dirinya boleh terbawa-bawa ke kancah kehinaan yang dibenci Allah. Nafsu yang bermacam-macam yang boleh menyeleweng.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:                                                                                                  
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.”
                                                                                                    (riwayat al-Bukhari)

        Hidup sebagai manusia sememangnya memerlukan nafkah, wang, dan harta untuk meneruskan hidup. Dengan itu, seseorang perlu mencari pekerjaan untuk memenuhi tuntutan hidup masing-masing.
       Ini adalah dari aspek material. Bagaimana dengan aspek rohani. Tanya diri… cukupkah dengan harta benda itu memberi kita kemewahan di alam akhirat.?  Saham di dunia mungkin melambung tinggi. Saham di akhirat adakah seperti itu juga?... Jangan terlalu mencintai dunia untuk mengejar sesuatu sehingga hilang cinta pada Allah kerana segala-galanya yang diperoleh semuanya datang dari-nya.

 Firman Allah s.w.t :-
Maksudnya:    Katakanlah, “ jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan , perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai , lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
                                                                                                      (Surah At-Taubah 9:24)

      Ayuh umat Islam, jangan dibuang waktumu dengan kealpaan, berfoya-foya yang mengikut jejak syaitan laknatullah. Buanglah sikap buruk yang masih bersarang dalam diri. Andai waktu ini kita masih diberi peluang untuk bertaubat, ambillah dan terimalah kerana mungkin itulah peluang terakhir buat kita.
Firman Allah s.w.t:-
Maksudnya: Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu.
                                                                                                        (Surah Muhammad 47:36)     
     Esok mungkin ada bagi kita, dan boleh sahaja adalah yang terakhir. Mudah-mudahan segala amalan kita tidak sia-sia. Kukuhkan niat kerana Allah, bersihkan akal dan hati dengan takhalli (membuang atau mengosongkan atau menyucikan hati dari sifat-sifat yang keji ) dan tahalli (Menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji) agar yang baik itu akan sentiasa diterima Allah. InsyaAllah…
Firman Allah s.w.t:-
Maksudnya:“Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka.
                                                                                                                     (Surah Muhammad 47:5-6)
Sebagai solusi buat teman-teman, jadikan Rasulullah s.a.w sebagai uswah dan ‘role model’ yang terbaik bagi terus dapat membentuk akhlak muslim yang sebaik-baiknya.Allah s.w.t telah memuji Rasulullah s.a.w  dengan mengiktiraf  kecemerlangan peribadi baginda.
Firman Allah s.w.t:-
Maksudnya: “sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad) mempunyai budi pekerti yakni akhlak yang agung”.
                                                                                                       (Surah Al-Qalam 68:4)
Selain itu, boleh diperbanyakkan berdoa untuk menjaga akhlak kita. Sebagaimana Rasulullah s.a.w mengajar umatnya berdoa ketika melihat cermin.
 Rasulullah s.a.w bersabda .:
 Maksudnya: “Wahai Tuhan, sebagaimana Engkau membaguskan penciptaan diriku, perbaguskanlah akhlakku
(budi pekerti)”.                                                                                            (riwayat Ibn Hibban)
                                                                                          
wallahu’alam bissawab.


  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...